STRONG GIRL
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 Penyejuk hati ibu

Snowy and blacky, my beloved pets. Seriously, im so fond of them. They always make me happy, cherish me when im upset, playing with me when I don't even want to play. HAHAHA
Okay okay, yang tu introduction... Mukadimah baruuuuuu, ni baru nak cerita. Baru nak start story, hahaha. Sorry guys. 
Harini, entah taktau kenapa rasa unluckt. So unlucky day. Dah buat kerja tapi still kena buat kerja. Dah siap kerja tapi cakap kita tak buat kerja. "Eh eh jap, Linda dah kerja?" No la, mana ada kerja lagii. Ni sembang pasai kerja rumah. Jadik housekeeper sepanjang cuti dua minggu ni kat rumah sendiri. Walaupun aku ada kakak and adik perempyan sorang, tapi diorang tu. Heh -,- yang mana tau depa tu, tau la. Hahaha, hampeh... So, semua kerja rumah, aku ler nak kena settle. Sokay, tak kisah pun.. Tapi perangai diorg berdua tu memang buat hati aku sakittttttt. Haihhh, *tumbuk dinding*
Aku start buat kerja rumah, macam biasa, mula dari dapur. Basuh pinggan, susun pinggan, kemas rak, cuci tempat masak, cuci bla bla, and terussss pi ke ruang tamu, sapu sampah, mop bla blaaaa. Arghhhhh, takkan nak senarai satu2 kot. Buduhnyeeeeee haha. 
Kk, the best moment is bila hang tengah buat keja dengan hati yang sememangnya tak ikhlas, panassss, geram semua ada tetiba your kids came to you and then meaw meawww. Meaw meaw tu means snowy and Blacky tgh panggil aku letuw.. time tu hanya Allah ja yang tau betapa berbunga bunganya hati aku. Sejuk je hati tengok snowy and blacky.. Im wondering, why the other people outside there hate meaw meaw? Kucing comei kot, kenapa ada ja yang tak suka? Kalau setakat dia suka beyak merata-rata tu biasa la. Boleh ajar dia beyakk kat tempat betul. Semua benda boleh ajar. Memang ada kala tu aku bising kat snowy and blacky bila diorang beyak merata2. Ada sampai tahap aku ceramah kat dua ekor tu supaya beyak kat tempat yang betul. Roomates aku pun kadang cemuih dengaq aku beletiaq dekat snowy and blacky. Tapi tak sampai tahap aku nak pukul dua ekor tu. Takde la sampai aku nak benci.. Keras sungguh la hati diorang yang benci kucing sampai sanggup pukul bagai. Hmmmm, sedih... 
Dear Snowy and Blacky, ibu sayang korang berdua 😘 

ALIF BA TA,
TATA 👋

*Pictures of Snowy & Blacky @flxvixx (ig)
"Penyejuk hati ibu" was Posted On: Sunday 31 May 2015 @22:44 | 0 lovely comments
 Pindah

Kuala Lipis, Pahang. Rumah atas bukit, Taman Mas. Sebelah kiri, berjiran dengan India. Sebelah kanan, berjiran dengan Cina. Rumah atas bukit ni, cuma 5 buah rumah je ada penghuni. Walaupun ada lebih daripada 30 buah rumah atas bukit ni. Kiri kanan hutan tau. Seram tak? Hahaha, sunyi sangat kawasan sini. tapi bestttt tau. Sejuk sangat. Bilik aku bertentangan dengan rumah depan yang sememangnya tidak dihuni oleh manusia. Huahua, I mean rumah tu takdak penghuni la. Ish hampa nih. Pikiaq kot laen pulak. 

Kebelakangan ni, kerap sangat hujan. Bila nak ambik wudhu ke, cuci muka ke, basuh tangan ke, mandi ke, mesti fikir dua tiga kali. Sebab air dia sejuk macam laut yang kapal Titanic tenggelam tuh. Hahah, *sejuk sunnguh* Al-maklum lah, baru pindah beberapa minggu, banyak sangat benda yang ayah nak kena buat. Pasang mesin basuh la, pasang astro la, pasang itu la, pasang ini la. So tak sempat pulak ayah nak pasang water heater kat shower room kitorang. Kalau boleh memang takmau bagi pasang pun. rasanya air sejuk gedikk ni lagi best mandi dari air yang ala-ala suam suam panas tu.

Dari 7 desember aku pindah sini, dari penang ke sinilah. Memang aku takde berkenalan dengan memana manusia lagi. Im serious dude !! Kawasan perumahan aku takde manusia kot. Ekeke, So maksudnya kat sini, aku belum berkenalan dengan orang yang sebaya dengan aku atau tua setahun dari aku atau tua 20 tahun dari aku ke apa ke, memang takdak berkenalan lagi. Hahah, so kat sini, memang aku takdak kawan. huihh, sadisnyaa. Hahahahahahaha. Nak sadis buat apa? 24jam duk dalam bilik ja. Macam mana nak bergaul dengan orang lain kan? Takpa la, aku nak sesuaikan diri dengan keadaan rumah aku dulu and keadaan bilik aku.

Dah la katil aku kena tukaq dengan memey sebab bilik aku ni kecik and tak muat nak letak katil saiz queen dengan alat perabot lagi. Nanti serabut, so kena pakai katil single. Uwaaaaa, Memang hari2 tidoq tak lena la, sebab tak selesa dgn katil kecik macamni. K sedih. Hahah, Klah, sampai sini ja kot. Aku kalau nak tulis pepanjang lagi sampai jadik karangan STPM pun boleh, tapi kesian kat pemeriksa la nak baca stg, penat dia ja nak baca en. Kk, byeeeee


Pemandangan dari atas bumbung bilik mama. Huhu, 


"Pindah" was Posted On: Tuesday 23 December 2014 @17:06 | 0 lovely comments

« Older posts

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ