STRONG GIRL
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 Pindah

Kuala Lipis, Pahang. Rumah atas bukit, Taman Mas. Sebelah kiri, berjiran dengan India. Sebelah kanan, berjiran dengan Cina. Rumah atas bukit ni, cuma 5 buah rumah je ada penghuni. Walaupun ada lebih daripada 30 buah rumah atas bukit ni. Kiri kanan hutan tau. Seram tak? Hahaha, sunyi sangat kawasan sini. tapi bestttt tau. Sejuk sangat. Bilik aku bertentangan dengan rumah depan yang sememangnya tidak dihuni oleh manusia. Huahua, I mean rumah tu takdak penghuni la. Ish hampa nih. Pikiaq kot laen pulak. 

Kebelakangan ni, kerap sangat hujan. Bila nak ambik wudhu ke, cuci muka ke, basuh tangan ke, mandi ke, mesti fikir dua tiga kali. Sebab air dia sejuk macam laut yang kapal Titanic tenggelam tuh. Hahah, *sejuk sunnguh* Al-maklum lah, baru pindah beberapa minggu, banyak sangat benda yang ayah nak kena buat. Pasang mesin basuh la, pasang astro la, pasang itu la, pasang ini la. So tak sempat pulak ayah nak pasang water heater kat shower room kitorang. Kalau boleh memang takmau bagi pasang pun. rasanya air sejuk gedikk ni lagi best mandi dari air yang ala-ala suam suam panas tu.

Dari 7 desember aku pindah sini, dari penang ke sinilah. Memang aku takde berkenalan dengan memana manusia lagi. Im serious dude !! Kawasan perumahan aku takde manusia kot. Ekeke, So maksudnya kat sini, aku belum berkenalan dengan orang yang sebaya dengan aku atau tua setahun dari aku atau tua 20 tahun dari aku ke apa ke, memang takdak berkenalan lagi. Hahah, so kat sini, memang aku takdak kawan. huihh, sadisnyaa. Hahahahahahaha. Nak sadis buat apa? 24jam duk dalam bilik ja. Macam mana nak bergaul dengan orang lain kan? Takpa la, aku nak sesuaikan diri dengan keadaan rumah aku dulu and keadaan bilik aku.

Dah la katil aku kena tukaq dengan memey sebab bilik aku ni kecik and tak muat nak letak katil saiz queen dengan alat perabot lagi. Nanti serabut, so kena pakai katil single. Uwaaaaa, Memang hari2 tidoq tak lena la, sebab tak selesa dgn katil kecik macamni. K sedih. Hahah, Klah, sampai sini ja kot. Aku kalau nak tulis pepanjang lagi sampai jadik karangan STPM pun boleh, tapi kesian kat pemeriksa la nak baca stg, penat dia ja nak baca en. Kk, byeeeee


Pemandangan dari atas bumbung bilik mama. Huhu, 


"Pindah" was Posted On: Tuesday 23 December 2014 @17:06 | 0 lovely comments
 Chances

Taktau la dipagi buta macam ni fikiran aku sarat dengan apetah. Dari tadi dalam fikiran ni ada ja benda nak pikiaq. ada yg penting dan ada yg macam tak penting tp kena fikir jugak. Haihh la, 
Harini jugak aku terima balik si dia. Peluang yg entah keberapa kali aku beri. entah, taktau. Apa jenis hati aku miliki pun aku tktau. Walaupun seringkali dilukai tapi tetap tak pergi2. Pelik ka dak? ka tak pelik? Ingat murah ka cinta aku ni? Mana boleh dijual beli. Ingat hati aku ni jugak boleh main kutip2 ka? Mana boleh tau. Aku simpan lama dah, tiba suatu masa tu aku berikan pada si dia. Em, tapi sering kali tak dihargai. Tapi aku tak ambik balik pun hati aku, still bagi kat orang yang sama. And after this, harap takkan terjadi dan takkan berulang kembali kesilapan yg menghancurkan hati seorang gadis yang gila setia macam aku ni. LOL, Wkakakaka, *gelak sikit*
Memandangkan dia tak sihat sebab perbuatan dia sendiri sampai masuk hospital. Aku.... terpaksa tak boleh nak jadik detektif, nak tanya itu ini, nak siasat apa yg bersarang dalam otak aku. Hahaha, walaupun nak settle dah, tp aku rasa mcm takleh settle je lagi slagi dia tak bagitau semuaaaaaaa nya yang berlaku. Tapi aku ni kena la faham jugak, dia kat hospital, takkan nak desak, kang masuk ICU pulak. Haha, emm. Aku tktau nak cakap risau ka dak dengan keadaan dia. tapi aku still tanya gak keadaan dia. Katanya nurse sana garang and tak sopan. Hahah apa jenis nurse la. Tampar je nurse yg buat awak tu, tau? .Em emmm. Aku ni risau la jugak pasal dia. tapi seminit je, lepastu tak risau, stg risau pastu stg tak risau pulak. Pelik toi. Perasaan apakah ini? Benci tapi sayang ka cemna? Hahah
Dah la, jom tdoq. Esok dia dah nak recycle darah, pastu boleh terus discharge... So, goodnight lah walupun tak berapa nak  goodnight. 
Hmm, sejuk gedi malamni, hujan lebat. dah la rumah atas bukit. Memng beku la jawab dia. Ekekeke, 
bila nak habis tah post ni? tak reti nak buat ending ka cemana ni Linda?

Hahahahaaha, kbye

"Chances" was Posted @01:48 | 0 lovely comments
 Wahai perempuan

Awak perempuan ke lelaki? Hahah, sorry la. post aku takkan pernah ada untuk back up lelaki. Kau laki, kau kuat, pepandai kau la nak hidup. Pepandai la kau buat ayat utk goda perempuan lain. Taknak baca awak boleh pergi jalan ! Lol, huehuehue

Okay, dengar sini cik adik manis. Alolo omeinya dia. Wkaka, macam apa gi. Listen to me sweetie, jadik perempuan tu, jangan mencintai, jadik perempuan tu biarlah kita dicintai. Jadik perempuan tu biarlah kita disayangi, jangan kita menyayangi. Jadik perempuan tu biarlah kita dirindui, jangan kita merindui. Takpe, kalau adik2 rasa merindui, menyintai, menyanyangi. Boleh je nak rasa tu semua sebab kita ni bukan robot, kita ni manusia yg diberi anugerah hati perasaan. Bila adik2 rasa macamtu, takperlu bagitau org yg adik rasa rindu, sayang, cinta tu, okay? trust me, bila engkau bagitau macamtu kat diorang, diorang akan planned something diluar jangkaan kita. Apa yg diorang planning? Hahah, taktau la nak cakap, tapi faham2 la. lepasni kalau kau ucap kata rindu ke sayang ke apa ke, diorang anggap macam takde apa je dgn words tu. Sbb dia dah lali dgn perkataan2 macamtu. So jangan okay jangan ! Kalau nak cakap jugak, cakap la sekali dua dalam tempoh setahun. Kehkehkeh, 

Orang perempuan taktau, yang orang lelaki ni suka buat hubungan kita ni ikut level. Level 1 dia dah set mind nak buat kau jatuh dlm genggaman dia. Ok then, bila dia dah berjaya, dia akan teruskan level 2, buat kau rasa suka dia, lepastu level 3, buat kau syg dia. level 4, buat kau rindu dia dan seterusnya level ke level bla bla blaa.

Ish malas ah aku nak cakap pepanjang. Cuma satu nak pesan. 
"BERKAHWINLAH KAMU WAHAI PEREMPUAN  DENGAN ORANG YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH  INGINKAN KAMU. BUKAN ORANG YANG KAMU BERSUNGGUH"

"Wahai perempuan" was Posted On: Monday 22 December 2014 @14:19 | 0 lovely comments
 Hati baru?

Hey ladies, pernah patah hati? Huahuahua, jadikan itu sebagai pengajaran untuk meneruskan kehidupan yang penuh drama semata mata ni. Biasalah, warna warni kehidupan :) Redha jelah. Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Allah akan gantikan dengan pelangi yang indah. Haaa, nak pelangi ke nak orang? LOL, wkaka, gurau wei gurau :D
K, macamni. taktau la kenapa aku bangun pagi td je terus mood okay je. Alhamdulilah.. tulah, kalau patah hati ke apa ke. Jangan duk pi menangis sangat, takde nak ubah apapun kalau menangis *eleh, kemain kau linda... walhal, dah puas menangis* wkwkwk,Menangis tu perlu la kan.. Kalau tak menangis lagi tambah sakit kat hati tu. At least kalau menangis, dia akan rasa hilang sikit perasaan yg macam taik tu. ye dok? Jangan lupa tiap masa berdoa kat Allah SWT, Solat sunat, and yg paling penting, berkurunglah dalam bilik selama mana yg mampu. Wkaka, kk tu takdak kena mengena. Aku ni memang jenis suka duk dalam bilik sebab tu kalau patah hati.. emmm lagi bertambah malas aku nak kluar bilik..Apa yg paling penting sebenarnya, fikirlah apa yg kau nak fikir waktu tgh stress tu, fikir je sampai overthiniking, pastu nangis teruk2, pastuu tdoq. Pastu kalau tak tahan jugak solat sunat, pastu masa doa tu nangis puas2, tapi jangan nangis sbb kena tinggal, nangislah sbb diri tu menyesal tinggalkan Penicpta. Sebab kekasih, kita luangkan banyak masa dgn kekasih berbanding Pencipta kita. Bila dah jadik macamni, bersyukurlah adik2 ku sayang. Dekatkan diri dgn Allah SWT. Allah SWT takpenah buang hambanya, 24hrs Allah watching you, Allah sees it all. Allah waitin for you to come mengadu something. Allahu, sesungguhnya Allah maha pengasih. Syukran Ya Allah. And adik2ku sekalian, jangan lupa berzikir. Zikrullah itu penawar hati :) 
Okay, bukan ni je yg aku buat. Memang aku duk dgq lagu sedih2, lagu dangdut yg feveret aku tu, duk nyanyi ambik feel. tapi bila aku buat semua tu, aku dapat rasakan yg nafsu sedih aku puas dgn apa yg aku buat. nyayi itu ini, Bila buat camtu memang perghhh , tangkap menangkap perasaan sedih sebak bla bla. Hahaha, time duk buat benda camtu memang aku menangis sebab orang yg melukai aku. Tapi bila aku solat and berdoa and berzikir, airmata aku jatuh sbb aku baru sedar khilafnya aku, dan terharu sbb Allah SWT masih beri aku peluang utk aku sedar akan kekhilafan aku. Ya Allah..... Alhamdulillah.

So, yang patah hati kat sana tu. Patahkan je hati tu, pijak2 terus hati tu. Lepastu bina balik sebuah hati yang lebih kuat dengan niat KERANA ALLAH SWT, emm, Konpem hati tu kuat sado gila gila lah. Cuba try test ! Lol ekeke,
Aku dah cuba, anda bila lagi? Hahah

"Hati baru?" was Posted @14:03 | 0 lovely comments
 Lately...


Taktau la apa routine aku kebelakangan ni. Yang aku tau aku cuma terperap dalam bilik. Taknak keluar ke? Bukan taknak, tapi mmg langsung takde hati untuk keluar dari bilik. Jangan tanya aku tak mandi ke yg tak kluar bilik tu. haihh, Macamni, dalam bilik dah ada toilet so lagi bertambah tambah malas and takde hati utk kluar dari bilik. Kadag turun dapur sebab penat sgt dengar mama duk jerit2 panggil suruh tolong masak. Time masak tu boleh je gurau senda dgn memey and mama. Bila tetiba teringat, secara automatik mood aku mati. Habes masak semua terus blah naik bilik. 5 minit kemudian dgr la mama jerit2 panggil suruh makan. Hahaha, secara jujurnya, aku makan nasik dua hari sekali je, tu pun sikit je sebab kadang bila teringat memang selera makan akan mati serta merta. Bukan tak lapar, lapar tu lapar, bila nak makan je aku suka tangguh "ahh satgi la makan, 5 minit lg.." 5 minit aku be like 10 years.. Hahah. Bila duk tangguh2 ni, tiba2 dihujani rasa sakit siksa semua ada. So, selera makan td pun terus terbang. Hari demi hari memang mcm tu je. Dua hari sekali baru makan nasik bukan sebab mama siksa aku tak bagi makan. Tapi, masalah jiwa yang buat aku jadik macamni. kalau nak keluar bilik pun takdak mood and malas. Apetah lg nak kluar rumah, jejalan ke shopink ke? tu dah memang pangkah awal2. Sampai aku jemu dgr mama beleter ayat yang sama " hg ni tak syok la, orang ajak keluaq takmau keluaq. tengok keluarga orang lain, setiap kali keluaq, semua ikut. hg ni nak jadik apa la dik oi. Makin hari makin teruk bla bla bla " Macam biasa, dah lali dengan leteran tu, aku cuma lemparkan senyuman hambar dkt mama sambil cakap "takde mood la ma, malas la. lain kali la." Dari pagi ke siang, dari siang ke malam, dari malam ke tengah hari, aku hanya terperuk dalam bilik. Alah, kalau aku sakit sgt, aku bukak jendela bilik, panjat tebing, pastu tengok langit. Tenang dua minit, pastu kembali serabut. Hahaha, kalau lama2 macamni, boleh rosak hidup. Tapi  nak buat cemana? Perlukan masa ler. Tak boleh nak terus nak okay secara serta merta. Aku bukan manusia yang takdak perasaan. Manusia yang penuh perasaaan ni.......... 
"Lately..." was Posted On: Sunday 21 December 2014 @19:01 | 0 lovely comments

| Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ